Friday 14 February 2014

ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN ETNIK MELANAU DI KAMPUNG SELALANG

PENGENALAN

Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'. Selain itu, Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami orang Melanau sekarang.
Di Sarawak adalah terdiri daripada banyak etnik. Etnik yang terdapat di Sarawak ialah Melanau, Iban, Kayan, Kenyah, Murut, Dusun, Melayu, Kelabit dan lain-lain. Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Etnik Melanau termasuk dalam kumpulan kaum Dayak. Melanau juga terdiri daripada dua jenis iaitu Melanau bukan beragama Islam dan Melanau beragama Islam. Etnik Melanau bukan beragama Islam majoritinya banyak di kawasan Mukah, Oya dan Bintulu. Masyarakat Melanau bukan beragama Islam ini mempercayai makhluk ghaib yang dikenali sebagai Ipok. Manakala, etnik Melanau Islam majoriti banyak di kawasan Kampung Rajang, Kampung Belawai, Kampung Matu, Kampung Daro, Kampung Jerijeh, Kampung Tanjung Manis dan Kampung Selalang. Etnik Melanau beragama Islam ini sama seperti kaum Melayu di Sarawak dari segi kepercayaan, adat resam dan lain-lain kecuali dari segi bahasa.
            Etnik Melanau di kampung selalang majoritinya beragama Islam. Kampung Selalang mempunyai beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Hilir Lama, Kampung Bunga Tanjung, Kampung Masjid Baru dan Kampung Lot Baru. Bilangan ramai penduduk di kampung Selalang kira-kira 9 099 orang yang menetap.















ASAL USUL ETNIK MELANAU DI KAMPUNG SELALANG SARIKEI, SARAWAK
             
Menurut cerita rakyat, pada asalnya kampung ini diberi nama “Selalang” adalah berikutan peristiwa penjajahan pihak British di kampung ini pada masa dahulu. Ketika itu kampung ini wujud banyak lalang yang boleh mencapai ketinggian 1 meter. Disinilah penduduk kampung menyembunyikan diri daripada dikesan oleh pihak British. Jika berlaku kekecohan di kampung ini akibat daripada kekejaman pihak Jepun, di lalang-lalang inilah penduduk kampung menyembunyikan diri tanpa mengira siang dan malam. Maka dengan ini penduduk kampung telah memberikan “Selalang” sebagai nama kampung ini bersempena nama tempat persembunyian mereka daripada kekejaman pemerintahan pihak British setelah negara ini mencapai kemerdekaan. Sehingga kini nama “Selalang” ini masih kekal dan sentiasa menjadi sebutan para warga tua yang sempat hidup dalam pemerintahan kuku besi British ini.


                 RUMPUT LALANG MENJADI TEMPAT PERSEMBUNYIAN


Kampung Selalang telah wujud daripada terbinanya sebuah kilang pemprosesan kayu bakau di Kampung Selalang. Kilang pemprosesan kayu ini telah wujud pada tahun 1959 dan ditubuh oleh David Brennand yang berasal dari Australia. Banyak penduduk mula berhijrah untuk menjadi buruh pekerja di kilang tersebut. Penduduk-penduduk awal adalah terdiri daripada pekerja-pekerja yang datang dari Kampung Rajang, Jerijeh, Belawai, Matu, Daro, Kabong, Sessang, Roban, Nyabor serta kawasan pesisiran Sungai Rajang.  



                    KILANG PEMPROSESAN KAYU BAKAU DI KAMPUNG SELALANG









PERKEMBANGAN ETNIK MELANAU DI KAMPUNG SELALANG, SARIKEI SARAWAK DARI TAHUN 1994-2012

            Kira-kira pada tahun 1991 lagi kampung Selalang ini sudah semakin meningkat penduduknya apabila terbina sebuah kilang pemprosesan kayu menjadi tempat sumber hasil ekonomi pada masa itu. Oleh itu, banyak perubahan migrasi yang timbul di kampung tersebut.
            Disamping itu, etnik Melanau di kampung Selalang berkembang apabila etnik Melanau yang berasal di perkampungan yang lain seperti kampung Rajang, Jerijeh, Belawai dan Tanjung Manis yang telah bermastautin kerja di kilang kampung Selalang ini. Maka wujudnya etnik Melanau di kampung  ini. Dahulunya perkampungan etnik Melanau ini adalah sebuah perkampungan kecil. Kini kampung ini juga sudah mempunyai beberapa buah kampung yang dibahagi antaranya Kampung Hilir Lama, Kampung Bunga Tanjung, Kampung Masjid Baru dan Kampung  Lot Baru.
















GAMBAR PAPAN TANDA KAMPUNG SELALANG DAN PINTU GERBANG KILANG PEMPROSESAN KAYU





Dahulunya pekan atau pasar di kampung ini diperbuat daripada berlian kayu tahan lama yang terletak hampir di pinggir sungai dan berdekatan dengan Kampung Hilir Lama Selalang. Kini pekan atau pasar sudah diperbaharui besar yang diperbuat daripada simen dan batu-bata yang terletak di tengah-tengah kampung Selalang tersebut bagi memudahkan penduduk untuk datang atau kunjungi. Perubahan ini berlaku atas bantuan dari kerajaan yang prihatin akan penduduk kampung bagi memudahkan pemilik kedai dan penduduk untuk berjual beli.
            Selain itu, Sekolah Kebangsaan Mandor Aris Selalang merupakan satu-satunya sekolah rendah di kampung Selalang ini. Sekolah ini sudah lama ditubuhkah. Sekolah ini juga berdekatan dengan Kampung Hilir Selalang Lama, pekan dan terletak dibelakang kilang kayu. Oleh itu, sekolah ini menjadi tumpuan banyak kepada penduduk-penduduk kampung untuk menghantar anak-anak belajar. Sekolah ini mempunyai beberapa buah blok bangunan termasuk bangunan pra sekolah. Uniknya sekolah ini dibina diatas sebuah bukit yang kecil.












GAMBAR PASAR BATU KAMPUNG SELALANG DAN SEKOLAH RENDAH MANDOR ARIS SELALANG




Aktiviti pertanian juga tidak ketinggalan seiring berjalan dengan perkembangan semasa di kampung Selalang. Antara contoh aktiviti pertanian yang dijalankan di kampung Selalang ialah pertanian pindah dan pertanian tetap. Lazimnya aktiviti pertanian pindah dijalankan untuk sara diri ataupun kegunaan sendiri. Contoh pertanian pindah yang dijalankan oleh penduduk kampung ialah menanam jagung, sayur-sayuran, buah-buahan, sawit dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai jenis peralatan moden dan peralatan tradisional atau baja yang digunakan oleh penduduk kampung dalam aktiviti pertanian tersebut. Antaranya ialah, baja, cangkul, sabit, jentera pembajak, dan  racun perosak bagi mengelakkan tumbuhan yang ditanam dimakan oleh serangga atau haiwan perosak.

                                  PENANAMAN JAGUNG DI KAMPUNG SELALANG









ADAT RESAM TRADISIONAL ETNIK MELANAU DI KAMPUNG SELALANG DARI TAHUN 1994-2012

Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.

            Perkahwinan dalam masyarakat Melanau di kampung Selalang mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunang dan barang yang mengiringi mas kahwin. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

             Adat merisik dalam kalangan masyarakat Melanau di kampung Selalang, wakil bagi pihak keluarga lelaki akan mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya didapati si gadis itu belum dimiliki, maka ibu bapa si lelaki akan menanyakan orang-orang yang rapat atau keluarga terdekat si gadis bagaimana sikap si gadis, sama ada si gadis yang dirisik rajin, baik hati dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya bagi keluarga si gadis. Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat, barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari peminangan atau pertunangan. Setelah persetujuan pertunangan dibuat, maka barulah hari menghantar tanda tunang ditetapkan.

            Selepas itu, setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, Kesemua barang tunang ini dihantar oleh pihak keluarga lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain sebagai pengiring akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata seperti pedang atau samurai, sebuku al-Quran, telekung, daun sirih, barang tembaga dan lain-lain sebagai asas. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil pihak keluarga lelaki dan diterima oleh wakil pihak keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan. Pada masa yang sama, bapa si lelaki sebagai wakil untuk berbincang dengan keluarga perempuan segala keputusan keluarga pihak perempuan mengenai berian dan belanja kahwin. Sekiranya pihak si lelaki bersetuju dengan semua permintaan tersebut, maka hari perkahwinan pun ditetapkan. Jika tidak, terpulanglah kepada budi bicara kedua-dua pihak sama ada mahu meneruskan perkahwinan si anak atau tidak.
  
            Majlis perkahwinan akan diadakan secara besar-besaran. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga diadakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan akan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang turut  dihadiri oleh saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Pada kemuncak acara majlis  persandingan, biasanya diadakan pada waktu tengah hari. Persandingan pertama akan diadakan di rumah pengantin lelaki dan turut diikuti dengan persandingan yang kedua di rumah pengantin perempuan.  

             Pada sebelah malamnya, di rumah pengantin perempuan akan mengadakan sebuah hiburan seperti karaoke dan upacara bergendang iaitu tari-menari. Hiburan seperti karaoke biasanya dibuat sama ada pada hari siang atau malam majlis perkahwinan. Bagi upacara bergendang pula, upacara ini dibuat pada malam majlis pernikahan tersebut. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah terdiri daripada kaum lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka akan saling berlontar dan berbalas pantun kepada pemukul gendang dan itu dikenali sebagai bermukun. Mereka akan menari sehingga larut malam. 

            Adat resam seperti kelahiran bagi seorang ibu mahupun bayi mempunyai pantang larangnya. Ibu yang mengandung juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Pantang larang tradisional ini merupakan kepercayaan masyarakat Melanau zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan untuk si ibu semasa mengandung dan masih didalam pantang selepas melahirkan seperti wanita hamil tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Selain itu, mereka dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Selain dari faktor pemakanan, si ibu juga dilarang dari segi perbuatan seperti dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Selain itu, si ibu juga dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan. Kebanyakan pantang larang ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
           
            Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Lazimnya mereka akan membawa hadiah bersama seperti baju bayi, mainan bayi dan lain-lain lagi. Selapas ibu bersalin mesti ada pemulihannya untuk si ibu. Antaranya ialah amalan 'bertangas' ini sering dilakukan oleh si ibu selepas bersalin. Tujuan utama bertangas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa pantang dapat memberi kesegaran kepada tubuh ibu tersebut. Kulit ibu akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas itu. Selain itu, amalan berbengkung biasanya dilakukan dalam masa pantang selama kira-kira 45 hari. Berbekung dapat memberi sokongan kepada otot-otot diperut dan mengendurkan otot-otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini memberi keselesaan kepada ibu selepas bersalin. Seterunya ialah amalan berurut. Berurut ini bertujuan memberi keselesaan kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa proses kehamilan. Berurut juga dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan. Akhir sekali ialah si ibu selepas bersalin akan memakan jamu atau majun. Jamu boleh dibeli atau dibuat sendiri daripada akar kayu dan rempah ratus. Si ibu makan jamu selepas bersalin ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan mereka. Kebanyakannya si ibu berasa kesejukan selepas melahirkan anak.






















3 comments: